PENGENALAN POSISI PERMAINAN BOLA SEPAK
Bola sepak merupakan permainan yang memiliki perminat yang teramai di dunia ini. Boleh dikatakan acap kali kita dihidangkan dengan perlawanan bola sepak setiap minggu. Tidak kiralah sama ada anda peminat liga bola sepak tempatan ataupun liga bola sepak luar negara.
Mengikut pengalaman saya sepanjang mengikuti perkembangan dunia bola sepak ini, saya melihat banyak sungguh peminat-peminat "bidang terjun" yang tiba-tiba mula mengikuti dunia sukan yang diminati ramai ini. Sebagai contoh, dulu zaman remaja saya tidak pernah lihat sahabat saya Hairil bermain bola. Pendekkan cerita, dia memang tidak pandai bermain bola. Akan tetapi, disebabkan dengan trend zaman kini di mana menjadi kemestian sebagai seorang lelaki adalah mengikuti perkembangan sukan ini. Kata orang, "kalau tak follow, alamat tak boleh joinlah memember lepak cerita pasal bola. Nanti tak ade port pulak nak lepak". Jadi di sini, untuk membantu rakan-rakan 'bidang terjun' seperti hairil, saya akan menuliskan fungsi-fungsi asas posisi di dalam sukan bola sepak kita. Jadi, sekurang-kurangnya orang kata bolehlah kita buat modal cerita sebab fakta itu jelas! heheheh.
Berikut adalah gambarajah yang menunjukkan formasi asas 4-4-2 yang biasa digunakan oleh pasukan-pasukan di dalam bola sepak .
Goalkeeper (GK)
Saya rasa, tak perlulah saya nak terangkan tentang posisi ini sebab semua orang pun tahu kan fungsi goalkeeper ni macam mana. Kalau tak tahu jugak.. ish! entahlah. Mungkin Saleh Yaakob boleh menerangkannya kepada anda.
PEMAIN-PEMAIN PERTAHANAN
Right Back (RB) & Left Back (LB)
Right back (bek kanan) dan Left Back (Bek Kiri) merupakan permain yang menjaga di posisi sebelah kanan dan di posisi sebelah kiri pintu gol pasukannya. Fungsi pemain ini adalah bagi menjaga pemain sayap kiri pasukan lawan. Pemain yang bermain diposisi juga boleh naik secara overlapping (melepasi pemain sayap) bagi membantu untuk membuat crossing (hantaran lintang) kepada penyerang.
Right Center Back (RCB) & Left Center Back(LCB)
Posisi kedua-dua pemain pertahanan ini adalah berada di barisan paling belakang (di hadapan penjaga gol) di dalam pasukan mereka. Mereka inilah yang akan membentuk gandingan bagi menjaga kubu pertahanan bagi membantu penjaga goal. Kedua-dua pemain yang bermain di posisi ini selalunya jarang-jangan sekali naik ke atas untuk membantu serangan. Tetapi sebJealiknya mereka hanya berdiri di posisi pertahanan untuk bersiap sedia jika lawan membuat serangan balas.
PEMAIN-PEMAIN TENGAH
Right Center Midfield (RCM) & Left Center Midfield (LCM)
Posisi kedua-dua pemain dibahagan tengah merupakan salah satu posisi yang paling penting di dalam menjanakan serangan sesuatu pasukan. Ini adalah kerana posisi ini lazimnya di kenali sebagai 'enjin' sesuatu pasukan. Mereka ini merupakan penghubung utama yang menghubungkan antara bahagan pertahanan dan juga serangan. Dan mereka juga selalunya akan bertindak sebagai cover (perlindung) kepada pemain pertahanan ketika menghadapi sesuatu serangan.
Right Midfield (RM) & Left Midfield (LM)
Mereka bertindak sebagai enjin yang menggerakan pergerakan dibahagian sayap pasukan. Pemain-pemain ini lazimnya memiliki skill crossing(hantaran lintang) yang baik. Pergerakan mereka berada di sekitar kiri atau kanan di dalam pasukan mereka. Seperti pemain di 'center midfield' mereka juga bertidak sebagai pembantu kepada jentera serangan dan juga sebagai pelindung kepada posisi pertahanan kanan dan kiri pasukan mereka.
JENTERA SERANGAN
Right Striker (RS) & Left Striker (LS)
Bertindak sebagai penyerang utama pasukan. Mereka juga dikenali sebagai penjaring utama pasukan.
KESIMPULAN
Formasi 4-4-2 (4 pemain pertahanan, 4 pemain tengah & 2 penyerang) merupakan formasi yang lazim digunakan di dalam mana-mana pasukan di dunia. Posisi ini juga di kenali juga dengan formasi tradisi atau juga 'old school formation'. Untuk permulaan di dalam pembentukan sesuatu pasukan, formasi ini merupakan satu perkara asas bagi melatih kesefahaman di dalam permainan bola sepak.
Saya akan menerangkan mengenai formasi-formasi lain yang terdapat di dalam dunia bola sepak moden pada posting yang berikutnya. Terima kasih!
No comments:
Post a Comment