FORMASI TRADISI 4-4-2
Formasi ini terdiri daripada 4 pemain pertahanan, 4 pemain tengah dan 2 pemain penyerang.formasi ini lazim digunakan bagi membentuk asas kesefahaman di dalam pasukan. Corak hantaran bola yang selalu digunakan adalah 'long ball' (hantaran jauh).
Posisi Bertahan
Pemain-pemain midfield (tengah) bertindak sebagai cover (pelindung) kepada pemain-pemain pertahanan.
Posisi Menyerang
Pemain-pemain midfield memainkan peranan membantu jentera serangan. Manakala pemain-pemain pertahanan kiri dan kanan hanya sekali-sekala membuat ovelapping melepasi pemain tengah kiri atau kanan bagi membantu membuat crossing (hantaran lintang) kepada pemain penyerang di kawasan kotak penalti lawan.
Formasi 4-4-2 Versi Moden
Di dalam formasi ini terdapat beberapa adjustment (perubahan) kepada beberapa posisi. Fungsi formasi ini adalah bagi melancarkan serangan balas (counter attack) dengan lebih berkesan.
Di dalam permain bola sepak moden, pemain pertahanan kanan/kiri bertindak sebagai pertahanan sayap (wing back). Posisi pertahanan sayap ini memainkan peranan menjaga pertahanan dan juga di dalam masa yang sama sebagai posisi yang menyokong serangan melalui posisi sayap. Pemain yang bermain di posisi ini memerlukan stamina yang cukup tinggi bagi mengekalkan tempo permainan yang tinggi/laju (high pace tempo) seperti yang diamalkan kebanyakkan kelab-kelab di Eropah khususnya di liga perdana inggeris (EPL).
Kedudukan dibahagian kedua-dua posisi center midfielder juga agak berlainan di mana mereka akan membahagikan kepada 2 peranan iaitu seorang akan bertindak sebagai pemain yang menyokong serangan dan seorang lagi sebagai pemain yang menyokong pertahanan.
Fungsi pemain tengah kiri/kanan (RM/LM) sama seperti formasi 4-4-2 tradisi dimana mereka akan menjadi pemain yang menyokong penyerang melalui hantaran-hantaran lintang melalui posisi sayap. Di bahagian serangan pula berlaku sedikit perubahan di mana, terdapat satu posisi baru diwujudkan iaitu posisi center forward (CF). Posisi CF ini bertindak sebagai penyerang sokongan kepada penyerang utama. Penyerang sokongan ini bertindak sebagai pemain yang akan cuba menghuru-harakan pemain pertahanan lawan bagi memberi laluan kepada penyerang utama untuk menjaringkan gol.
Posisi Bertahan
Jika kita lihat, posisi bertahan formasi ini tidak jauh bezanya dengan formasi 4-4-2 tradisi tadi, apa yang membezakannya adalah posisi CF diletakkan sedikit bawah untuk melancarkan serangan balas (counter attack) jika berpeluang. Terdapat banyak jaringan dihasilkan mengikut sistem ini.
Posisi Menyerang
Wing Back (RWB/LWB) bertindak sebagai pemain sayap ketika melancarkan serangan. Ini memberi ruang kepada pemain tengah kiri/kanan (LM/RM) membantu penyerang ketika melancarkan serangan. Apa yang jelas disini RCM bertindak sebagai defensive midfielder bersedia jika pasukannya menghadapi serangan balas pasukan lawan.
"Be a part of our community! Register yourself for sports activities and find new friends!" let's visit our website here https://mediabolanews.blogspot.com/
ReplyDelete