Pages

Tuesday, 17 April 2012

Bayern Munich 2-1 Real Madrid : Gol Minit akhir Gomez memberi kelebihan kepada skuad 'Bavarian' selangkah ke perlawanan akhir

Gol Akhir Mario Gomez menghidupkan peluang Bayern Munich Ke Perlawanan akhir Liga Juara-juara 2012


BAYERN MUNICH 2-1 REAL MADRID
                               RIBERY '33                                         MESUT OZIL '49
                               MARIO GOMEZ '89


Bayern Munich mengekalkan rekod sempurna tanpa kalah di tempat sendiri kepada Real Madrid kerana mereka memperoleh kemenangan dramatik 2-1 pada perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara  di Arena ALLIANZ, Munich.

Tuan rumah tampak gembira apabila mereka membuka jaringan melalui Franck Ribery pada minit ke-17 tetapi Real Madrid menunjukkan daya tahan yang besar dan menarik balik kelebihan jaringan lawan mereka melalui Mesut Ozil awal pada separuh kedua.Bagaimanapun, para peminat tuan rumah menyangkakan kedudukan akan terikat sehingga tamat permainan meleset apabila Mario Gomezs menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-90.

Kemenangan ini memberikan sedikit kelebihan kepada Bayern Munich untuk bertandang ke Stadium Barnebeau untuk perlawanan separuh akhir yang ke-2 Liga Juara-juara minggu depan.

MOM : Toni Kroos (Bayern Munich)

Formasi Di dalam Bola Sepak : Formasi 4-4-2

FORMASI TRADISI 4-4-2


Formasi ini terdiri daripada 4 pemain pertahanan, 4 pemain tengah dan 2 pemain penyerang.formasi ini lazim digunakan bagi membentuk asas kesefahaman di dalam pasukan. Corak hantaran bola yang selalu digunakan adalah 'long ball' (hantaran jauh).

Posisi Bertahan


Pemain-pemain midfield (tengah) bertindak sebagai cover (pelindung) kepada pemain-pemain pertahanan. 

Posisi Menyerang



Pemain-pemain midfield memainkan peranan membantu jentera serangan. Manakala pemain-pemain pertahanan kiri dan kanan hanya sekali-sekala membuat ovelapping melepasi pemain tengah kiri atau kanan bagi membantu membuat crossing (hantaran lintang) kepada pemain penyerang di kawasan kotak penalti lawan.

Formasi 4-4-2 Versi Moden


Di dalam formasi ini terdapat beberapa adjustment (perubahan) kepada beberapa posisi. Fungsi formasi ini adalah bagi melancarkan serangan balas (counter attack) dengan lebih berkesan.

Di dalam permain bola sepak moden, pemain pertahanan kanan/kiri bertindak sebagai pertahanan sayap (wing back).  Posisi pertahanan sayap ini memainkan peranan menjaga pertahanan dan juga di dalam masa yang sama sebagai posisi yang menyokong serangan melalui posisi sayap. Pemain yang bermain di posisi ini memerlukan stamina yang cukup tinggi bagi mengekalkan tempo permainan yang tinggi/laju (high pace tempo) seperti yang diamalkan kebanyakkan kelab-kelab di Eropah khususnya di liga perdana inggeris (EPL).

Kedudukan dibahagian kedua-dua posisi center midfielder juga agak berlainan di mana mereka akan membahagikan kepada 2 peranan iaitu seorang akan bertindak sebagai pemain yang menyokong serangan dan seorang lagi sebagai pemain yang menyokong pertahanan.

Fungsi pemain tengah kiri/kanan (RM/LM) sama seperti formasi 4-4-2 tradisi dimana mereka akan menjadi pemain yang menyokong penyerang melalui hantaran-hantaran lintang melalui posisi sayap. Di bahagian serangan pula berlaku sedikit perubahan di mana, terdapat satu posisi baru diwujudkan iaitu posisi center forward (CF). Posisi CF ini bertindak sebagai penyerang sokongan kepada penyerang utama. Penyerang sokongan ini bertindak sebagai pemain yang akan cuba menghuru-harakan pemain pertahanan lawan bagi memberi laluan kepada penyerang utama untuk menjaringkan gol.

Posisi Bertahan


Jika kita lihat, posisi bertahan formasi ini tidak jauh bezanya dengan formasi 4-4-2 tradisi tadi, apa yang membezakannya adalah posisi CF diletakkan sedikit bawah untuk melancarkan serangan balas (counter attack) jika berpeluang. Terdapat banyak jaringan dihasilkan mengikut sistem ini.

Posisi Menyerang

Wing Back (RWB/LWB) bertindak sebagai pemain sayap ketika melancarkan serangan. Ini memberi ruang kepada pemain tengah kiri/kanan (LM/RM) membantu penyerang ketika melancarkan serangan. Apa yang jelas disini RCM bertindak sebagai defensive midfielder bersedia jika pasukannya menghadapi serangan balas pasukan lawan.

POSISI PERMAINAN BOLA SEPAK

PENGENALAN POSISI PERMAINAN BOLA SEPAK 

Bola sepak merupakan permainan yang memiliki perminat yang teramai di dunia ini. Boleh dikatakan acap kali kita dihidangkan dengan perlawanan bola sepak setiap minggu. Tidak kiralah sama ada anda peminat liga bola sepak tempatan ataupun liga bola sepak luar negara.

Mengikut pengalaman saya sepanjang mengikuti perkembangan dunia bola sepak ini, saya melihat banyak sungguh peminat-peminat "bidang terjun" yang tiba-tiba mula mengikuti dunia sukan yang diminati ramai ini. Sebagai contoh, dulu zaman remaja saya tidak pernah lihat sahabat saya Hairil bermain bola. Pendekkan cerita, dia memang tidak pandai bermain bola. Akan tetapi, disebabkan dengan trend zaman kini di mana menjadi kemestian sebagai seorang lelaki adalah mengikuti perkembangan sukan ini. Kata orang, "kalau tak follow, alamat tak boleh joinlah memember lepak cerita pasal bola. Nanti tak ade port pulak nak lepak". Jadi di sini, untuk membantu rakan-rakan 'bidang terjun' seperti hairil, saya akan menuliskan fungsi-fungsi asas posisi di dalam sukan bola sepak kita. Jadi, sekurang-kurangnya orang kata bolehlah kita buat modal cerita sebab fakta itu jelas! heheheh.


Berikut adalah gambarajah yang menunjukkan formasi asas 4-4-2 yang biasa digunakan oleh pasukan-pasukan di dalam bola sepak .

Goalkeeper (GK)
Saya rasa, tak perlulah saya nak terangkan tentang posisi ini sebab semua orang pun tahu kan fungsi goalkeeper ni macam mana. Kalau tak tahu jugak.. ish! entahlah. Mungkin Saleh Yaakob boleh menerangkannya kepada anda.

PEMAIN-PEMAIN PERTAHANAN
Right Back (RB) & Left Back (LB)
Right back (bek kanan) dan Left Back (Bek Kiri) merupakan permain yang menjaga di posisi sebelah kanan dan di posisi sebelah kiri pintu gol pasukannya. Fungsi pemain ini adalah bagi menjaga pemain sayap kiri pasukan lawan. Pemain yang bermain diposisi juga boleh naik secara overlapping (melepasi pemain sayap) bagi membantu untuk membuat crossing (hantaran lintang) kepada penyerang.

Right Center Back (RCB) & Left Center Back(LCB)
Posisi kedua-dua pemain pertahanan ini adalah berada di barisan paling belakang (di hadapan penjaga gol) di dalam pasukan mereka. Mereka inilah yang akan membentuk gandingan bagi menjaga kubu pertahanan bagi membantu penjaga goal. Kedua-dua pemain yang bermain di posisi ini selalunya jarang-jangan sekali naik ke atas untuk membantu serangan. Tetapi sebJealiknya mereka hanya berdiri di posisi pertahanan untuk bersiap sedia jika lawan membuat serangan balas.

PEMAIN-PEMAIN TENGAH
Right Center Midfield (RCM) & Left Center Midfield (LCM)
Posisi kedua-dua pemain dibahagan tengah merupakan salah satu posisi yang paling penting di dalam menjanakan serangan sesuatu pasukan. Ini adalah kerana posisi ini lazimnya di kenali sebagai 'enjin' sesuatu pasukan. Mereka ini merupakan penghubung utama yang menghubungkan antara bahagan pertahanan dan juga serangan. Dan mereka juga selalunya akan bertindak sebagai cover (perlindung) kepada pemain pertahanan ketika menghadapi sesuatu serangan.

Right Midfield (RM) & Left Midfield (LM)
Mereka bertindak sebagai enjin yang menggerakan pergerakan dibahagian sayap pasukan. Pemain-pemain ini lazimnya memiliki skill crossing(hantaran lintang) yang baik. Pergerakan mereka berada di sekitar kiri atau kanan di dalam pasukan mereka. Seperti pemain di 'center midfield' mereka juga bertidak sebagai pembantu kepada jentera serangan dan juga sebagai pelindung kepada posisi pertahanan kanan dan kiri pasukan mereka.

JENTERA SERANGAN
Right Striker (RS) & Left Striker (LS)
Bertindak sebagai penyerang utama pasukan. Mereka juga dikenali sebagai penjaring utama pasukan. 

KESIMPULAN
Formasi 4-4-2 (4 pemain pertahanan, 4 pemain tengah & 2 penyerang) merupakan formasi yang lazim digunakan di dalam mana-mana pasukan di dunia. Posisi ini juga di kenali juga dengan formasi tradisi atau juga 'old school formation'. Untuk permulaan di dalam pembentukan sesuatu pasukan, formasi ini merupakan satu perkara asas bagi melatih kesefahaman di dalam permainan bola sepak. 

Saya akan menerangkan mengenai formasi-formasi lain yang terdapat di dalam dunia bola sepak moden pada posting yang berikutnya. Terima kasih!

Champions League Bayern Vs Real


Salam semua!

Jangan lepaskan perlawanan hebat pagi ini :-

BAYERN MUNCHEN
              VS
    REAL MADRID

3.40am Waktu Tempatan.

Enjoy beb!      

Monday, 16 April 2012

Secara Rasminye.. !!!!!

16th April 2012
11.00pm.

Secara rasminya Blog ...MINDA BOCOR... telah dibuka.! Jadi di sini ingin saya kongsikan dengan anda beberapa pandangan saya dengan terhadap beberapa perkara sama ada yang telah terjadi atau yang kemungkinan akan terjadi di dalam dunia kita ini.

Jadi untuk Blog ini, saya akan ketegorikan mengikut beberapa tajuk penting mengikut minat saya, antaranya adalah :-

1) Politik Tanahair
    - Di sini, saya akan cuba kupaskan isu-isu politik negara secara adil mengikut fakta-fakta dan isu-isu yang
      berlaku secara amnya.

 2) Dunia Bolasepak
     - Saya adalah penyokong fanatik LIVERPOOL FC! Jadikan kemungkinan banyak isu-isu yang saya akan
       kupaskan mengenai pasukan kesayangan saya ini.
     - Tidak lupa juga, mengenai pasukan-pasukan lain.
     - Saya juga akan cuba kupaskan mengenai perlawanan-perlawanan yang saya tengok, di mana saya akan
       kupaskan mengenai strategi perlawanan, rating-rating pemain dan sebagainya.
 
  3)  Dunia Filem
     - Ini adalah satu tajuk yang paling saya suka sekali di mana saya adalah pencinta dunia perfileman tak kira
       di dalam negara atau di luar negara.
     - Oleh itu saya akan cuba kupaskan dan komen mengenai filem-filem yang saya baru lepas tonton tidak
        kira ia masih baru di pawagam atau filem-filem lama.

   4) Freemason, Illuminati & Kedatangan Dajjal Laknatullah
       - Tahukah anda bahawa sebenarnya kiamat itu dah semakin dekat?
       - Tahukah anda bahawa musuh-musuh islam sedang membuat persiapan rapi menyambut kedatangkan
          penyelamat mereka iaitu Dajjal Laknatullah (Anti-Christ) untuk memerintah di dunia ini? Jadi apa
          persiapan kita sebagai umat islam bagi menyambut kedatangan penyelamat umat islam akhir zaman iaitu
                  Imam Mahadi R.A ?

   5)  Dunia Extra
        - Saya akan kongsikan mengenai pengalaman-pengalaman saya terhadap isu-isu yang berlaku di
           sekeliling saya.
        - Juga akan dikongsikan dengan beberapa trivia-trivia atau maklumat-maklumat yang aneh, bombastik
          dan apa-apalah boleh dikongsikan. PEACE..!

Itu sahaja.. Selamat!